#11 Membebel.

Susah nak log off internet kebelakangan ni. Takkan aku jadi addict balik kut. Tak boleh jadi ni.. Tapi dah alang2 online check email, merapu je lah jap kat sini, huhu.

Jumaat lepas dah cter kan dengan deena kelam kabut cam ape jer cari ckgu untuk forecast result tu? Well sijil aku dah siap taip smua dah. Cuma tggu ckgu sahkan je. Smlm pulak aku mmg tak pegi skolah, cuti deepavali awal! Hehe. Dan mmg mengundang padah kat diri sendiri pun. PK HEM tak nak sign sijil aku sebab aku tak dtg! :( Bnyk songeh betul la auntie tu, kat deena dia sign ok je. Last week sket mia baik dgn aku. Sigh. So aku pun dgn semangatnya p sekolah ptg smlm (dah la hujan lebat!) dgn basyirah sbb nak suruh dia sahkan. Tgk2 dia dah balik! Huaaa penat jaa kot rush sana sini. Tak pa lah. Dah nasib. Then tengok kat sijil tu pulak.. number IC 930625-07-5506. Aikk.. number IC aku ke ni?? There you go, tekaan anda sgt tepat. Memandangkan deena yg tlg type kat aku sijil tu. So. Dia lupa nak tukar number IC lah tu, dia main tukar nama ja =.= Sweat la. Mana aku nak dapat sijil baru, PK HEM dah kata JANGAN BUAT SILAP. TAK ADA SIJIL BARU DAH!

Result yg ckgu bg pun sangat best..
BM A+
English A+
Agama A+
Maths A+
Add Maths A+
Sejarah A+
Chemistry A+
Physics A+
Biology A

Fulamakkk ni ke result yg ckgu2 expect dr aku, tinggi gilaaaa harapann =.= Bestnya kalau result SPM aku cam ni.. Doa2kan je laa.

Anyway, aku cam berbelah bahagi nak fly ke tak next year sbb tak de scholarship!!!!!!! Tak nak la bebankan parents sbb kalau diikutkan takat nak buat A-Levels tu kat sini pun boleh. Nak pegi sana, sapa la nak supply duit kat aku kan kan kan. Tak pe la, UiTM pun best. Boleh kawan dgn ibu.. Kan ibu?? Takde la ibu sedih2 dah.

Btw, ibu dgn daddy! Sorry baby lama tak msj/call. Busy la.. HP pun meragam je kerja. Daddy kena la beli yg baru kt baby ni! Haish. Apa pun, I MISS BOTH OF YOU (: Nanti dah lpas SPM kita keluar sama2 kan?? Tak sabar ni..

Smlm dah stay up utk buat add maths! Paper terengganu. Exam ade brape jam je nak buat dua2 paper tu tp aku mia lah dahsyat amik smpai DUA HARI, hahaha. Takpe, bak kata ckgu, yg penting dlm study ialah KUALITI bukan KUANTITI. Tapi dah nak dekat2 SPM ni aku rasa mcm kuantiti tu lebih utama je.. Countdown brpa hari lg?! Tak, dah tak buat countdown.. Main redah je study siang malam tak kira ngantuk/penat. Yg penting nnti msti dpt 9 A tu! O yeah!

Tak pe la, skrg dah nak g sambung study bio+chem yg still tertangguh dr mggu lepas dan sebelumnya dan sebelumnya. Sempat ke nak cover smua T_T

Yang ikhlas *senyum kambing*,

0 comments: